Akhirnya semua teknik-teknik untuk menggunakan kaedah intraday ini telah saya sempurnakan sekadar yang saya mampu. Al-hamdullilah...
Oleh kerana saya bukanlah seorang cikgu forex maka tentu anda perasan bahawa susunan blog ini tidak disusun dengan rapi mengikut susunan topik yang sepatutnya sepertimana yang selalu anda dapati dalam blog-blog cikgu forex yang terkenal.
Walau bagaimanapun anda boleh mengulangkaji sendiri topik-topik yang saya utarakan di sini di website Forex Charts Book, Series of Free Forex e-book [sila klik] Di situ terdapat susunan yang teratur dan contoh-contoh dengan lebih lanjut.
Saya tidak berhasrat untuk memberikan sebarang prediction sesuatu pair di blog ini tetapi saya memberitahu kepada anda tentang kewujudan satu kaedah yang mudah dan selamat untuk anda turut serta dalam bidang perniagaan forex ini dengan kaedah intraday.
Cikgu pertanian saya selalu berpesan bahawa "mengajar orangramai bagaimana cara-cara bercucuk tanam adalah lebih baik daripada setiap hari memasak dan menghidangkan sayur-sayuran yang kita tanam kepada orangramai ". Dengan kaedah ini, sesuatu kawasan itu akan kekal subur menghijau kerana semua orang faham dan tahu kaedah apa perlu dilakukan.
Anda adalah seorang trader, saya juga seorang trader, jika setiap orang daripada kita bersama-sama menyebarkan kepada sepuluh orang trader baru yang lain tentang kaedah ini dan kemudian mereka pun bersama-sama menyebarkan kepada sepuluh trader baru yang lain dan proses ini berterusan maka kita akan dapat melihat suatu ketika nanti semua orang Melayu tahu bagaimana menjana pendapatan yang lumayan melalui forex.
Saya sangat berharap ianya dapat memberikan manafaat kepada semua beginners dalam memahami gerakan market dan mengambil advantage ke atasnya yang boleh memberikan pulangan yang cukup besar kepada anda untuk meneruskan survival anda dalam dunia forex.
Saya tidak mengenakan sebarang bayaran untuk semua konsultansi yang mungkin telah saya aturkan dengan beberapa orang beginners dan saya tidak memerlukan bayaran tersebut. Saya adalah seorang trader dan pendapatan bulanan saya adalah dengan menggunakan teknik intraday yang saya dedahkan di blog ini (di samping beberapa kaedah mid-term yang saya kendalikan diblog yang lain)
Tidak perlu saya nyatakan berapa pendapatan bulanan saya, tetapi anda boleh mencuba teknik intraday ini dengan 3 syarat kedudukan pivot, open price dan retracement line yang saya telah berikan.
Anda boleh mencuba selama sebulan teknik ini di dalam demo account anda sendiri, jika anda berjaya anda boleh teruskan tanpa perlu membayar sesen pun untuk template dan indicator saya yang telah berikan kerana indicator itu pun semua adalah ciptaan dan hak orang lain.
Cuma pemahaman tentang fibonacci retracement dan target profit, pivot, support, resistence serta cara-cara penggabungan penggunaan indicator sahaja adalah hasil kejayaan saya selama ini untuk mengekploitasi pendapatan melalui gerakan market setiap hari.
Anda juga boleh membuang terus kaedah intraday ini jika ianya mendatangkan kekusutan fikiran dan menjadikan account demo anda hancur lebur. Anda boleh lupakan kaedah ini kerana mungkin anda tidak serasi dengan cara ini.
3 video terakhir yang saya attachkan adalah cara paling mudah anda memahami gerakan market. Anda perlu menontonnya berulang-ulang kali kerana ianya akan melekat di dalam memori anda, dan bila memori bertindak-balas dengan fikiran anda ianya akan menghasil bayangan yang jelas tentang sesuatu situasi dalam trend/arah market.
Anda perlu menonton lebih dari 10x jika anda benar-benar seorang beginners. Ianya akan benar-benar melekat dalam memori anda dan anda akan merasa kesannya dengan lebih jelas ketika anda memasuki market.
Jika perlukan penjelasan dengan lebih lanjut anda boleh menghantarkan email kepada saya di rsmelan@gmail.com , saya akan membantu anda dengan lebih lanjut mengikut kemampuan dan kelapangan masa saya.
Sebagai penutup marilah sama-sama kita menenangkan fikiran dan menyerahkan harapan kita kepada tuhan kita ALLAH Maha Agung yang sentiasa membantu kita semasa kita hampir berputus harap dan terkapai-kapai dalam gelombang hidup di dunia ini.
Ketahui-lah bahawa apa-apa jua yang kita lakukan sentiasa akan diperhatikan kerana kepadaNya jualah kita semua akan dikembalikan untuk dihitung-amal baik masing-masing.

1 comment:
alhamdulillah..akhirnya saya berjaya menghabiskan bab1 nih..harap2 nanti cgu ada ape2 advance teknik cgu update ye,sy akan belajar dgn tekun 1persatu,terima kasih ye cgu;)
Post a Comment