Friday, February 22, 2008

Kenali Pivot-Support-Resistence

Berikut pula ialah video tentang pivot, support, resistence. Anda akan dapati ianya juga menunjukkan betapa pentingnya pivot dalam trading setiap hari. Sila tonton dengan baik dan anda akan dapati betapa pentingnya bilamana open price esok berada pada paras atas atau bawah pivot... di situlah kita akan menentukan arah gerakan market...

Kenali Fibonacci Retracement and Target

Video berikut pula menunjukkan dengan jelas kaedah yang diguna-pakai untuk sistem intraday kita ini. Sila anda tonton video berikut... semoga anda memahami lebih dalam tentang gerakan market setiap hari.

Psycology and Practical in trading

Video di atas adalah contoh terbaik menggambarkan keadaan seseorang trader semasa dia sedang menghadapi saat genting semasa berada di dalam situasi tertentu di dalam market.

Setiap trader pasti akan melalui detik-detik cemas, kelam-kabut, buntu, putus harapan, ketawa, gelisah dan sebagainya. Ini di namakan tekanan psikologi.

Tetapi, secara amnya, jika tetap pada pendirian dan yakin destinasi yang dituju akan sampai, maka secara praktikalnya anda akan berjaya akhirnya.

Nikmati video tersebut kerana market memang bergerak seperti gelombang turun dan naik dalam tempoh tertentu sepertimana gerakan roller coaster tersebut.