Friday, March 23, 2012


Clock By Blogtech World

Wednesday, February 8, 2012


Dukascopy. ECN forex broker provides marketplace and highest liquidity for online forex trading




Dukascopy. Swiss forex company provides marketplace and highest liquidity for electronic forex trading.

Saturday, February 23, 2008

Akhir KaLam _ Penutup

Akhirnya semua teknik-teknik untuk menggunakan kaedah intraday ini telah saya sempurnakan sekadar yang saya mampu. Al-hamdullilah...


Oleh kerana saya bukanlah seorang cikgu forex maka tentu anda perasan bahawa susunan blog ini tidak disusun dengan rapi mengikut susunan topik yang sepatutnya sepertimana yang selalu anda dapati dalam blog-blog cikgu forex yang terkenal.


Walau bagaimanapun anda boleh mengulangkaji sendiri topik-topik yang saya utarakan di sini di website Forex Charts Book, Series of Free Forex e-book [sila klik] Di situ terdapat susunan yang teratur dan contoh-contoh dengan lebih lanjut.


Saya tidak berhasrat untuk memberikan sebarang prediction sesuatu pair di blog ini tetapi saya memberitahu kepada anda tentang kewujudan satu kaedah yang mudah dan selamat untuk anda turut serta dalam bidang perniagaan forex ini dengan kaedah intraday.


Cikgu pertanian saya selalu berpesan bahawa "mengajar orangramai bagaimana cara-cara bercucuk tanam adalah lebih baik daripada setiap hari memasak dan menghidangkan sayur-sayuran yang kita tanam kepada orangramai ". Dengan kaedah ini, sesuatu kawasan itu akan kekal subur menghijau kerana semua orang faham dan tahu kaedah apa perlu dilakukan.


Anda adalah seorang trader, saya juga seorang trader, jika setiap orang daripada kita bersama-sama menyebarkan kepada sepuluh orang trader baru yang lain tentang kaedah ini dan kemudian mereka pun bersama-sama menyebarkan kepada sepuluh trader baru yang lain dan proses ini berterusan maka kita akan dapat melihat suatu ketika nanti semua orang Melayu tahu bagaimana menjana pendapatan yang lumayan melalui forex.


Saya sangat berharap ianya dapat memberikan manafaat kepada semua beginners dalam memahami gerakan market dan mengambil advantage ke atasnya yang boleh memberikan pulangan yang cukup besar kepada anda untuk meneruskan survival anda dalam dunia forex.


Saya tidak mengenakan sebarang bayaran untuk semua konsultansi yang mungkin telah saya aturkan dengan beberapa orang beginners dan saya tidak memerlukan bayaran tersebut. Saya adalah seorang trader dan pendapatan bulanan saya adalah dengan menggunakan teknik intraday yang saya dedahkan di blog ini (di samping beberapa kaedah mid-term yang saya kendalikan diblog yang lain)


Tidak perlu saya nyatakan berapa pendapatan bulanan saya, tetapi anda boleh mencuba teknik intraday ini dengan 3 syarat kedudukan pivot, open price dan retracement line yang saya telah berikan.


Anda boleh mencuba selama sebulan teknik ini di dalam demo account anda sendiri, jika anda berjaya anda boleh teruskan tanpa perlu membayar sesen pun untuk template dan indicator saya yang telah berikan kerana indicator itu pun semua adalah ciptaan dan hak orang lain.


Cuma pemahaman tentang fibonacci retracement dan target profit, pivot, support, resistence serta cara-cara penggabungan penggunaan indicator sahaja adalah hasil kejayaan saya selama ini untuk mengekploitasi pendapatan melalui gerakan market setiap hari.


Anda juga boleh membuang terus kaedah intraday ini jika ianya mendatangkan kekusutan fikiran dan menjadikan account demo anda hancur lebur. Anda boleh lupakan kaedah ini kerana mungkin anda tidak serasi dengan cara ini.


3 video terakhir yang saya attachkan adalah cara paling mudah anda memahami gerakan market. Anda perlu menontonnya berulang-ulang kali kerana ianya akan melekat di dalam memori anda, dan bila memori bertindak-balas dengan fikiran anda ianya akan menghasil bayangan yang jelas tentang sesuatu situasi dalam trend/arah market.


Anda perlu menonton lebih dari 10x jika anda benar-benar seorang beginners. Ianya akan benar-benar melekat dalam memori anda dan anda akan merasa kesannya dengan lebih jelas ketika anda memasuki market.


Jika perlukan penjelasan dengan lebih lanjut anda boleh menghantarkan email kepada saya di rsmelan@gmail.com , saya akan membantu anda dengan lebih lanjut mengikut kemampuan dan kelapangan masa saya.


Sebagai penutup marilah sama-sama kita menenangkan fikiran dan menyerahkan harapan kita kepada tuhan kita ALLAH Maha Agung yang sentiasa membantu kita semasa kita hampir berputus harap dan terkapai-kapai dalam gelombang hidup di dunia ini.


Ketahui-lah bahawa apa-apa jua yang kita lakukan sentiasa akan diperhatikan kerana kepadaNya jualah kita semua akan dikembalikan untuk dihitung-amal baik masing-masing.

Friday, February 22, 2008

Kenali Pivot-Support-Resistence

Berikut pula ialah video tentang pivot, support, resistence. Anda akan dapati ianya juga menunjukkan betapa pentingnya pivot dalam trading setiap hari. Sila tonton dengan baik dan anda akan dapati betapa pentingnya bilamana open price esok berada pada paras atas atau bawah pivot... di situlah kita akan menentukan arah gerakan market...

Kenali Fibonacci Retracement and Target

Video berikut pula menunjukkan dengan jelas kaedah yang diguna-pakai untuk sistem intraday kita ini. Sila anda tonton video berikut... semoga anda memahami lebih dalam tentang gerakan market setiap hari.

Psycology and Practical in trading

Video di atas adalah contoh terbaik menggambarkan keadaan seseorang trader semasa dia sedang menghadapi saat genting semasa berada di dalam situasi tertentu di dalam market.

Setiap trader pasti akan melalui detik-detik cemas, kelam-kabut, buntu, putus harapan, ketawa, gelisah dan sebagainya. Ini di namakan tekanan psikologi.

Tetapi, secara amnya, jika tetap pada pendirian dan yakin destinasi yang dituju akan sampai, maka secara praktikalnya anda akan berjaya akhirnya.

Nikmati video tersebut kerana market memang bergerak seperti gelombang turun dan naik dalam tempoh tertentu sepertimana gerakan roller coaster tersebut.

Thursday, February 21, 2008

Stoploss-Entry-Profit



Gambarajah di atas menunjukkan tempat-tempat di manakah selalunya stoploss, entry position dan profit yang perlu kita uruskan dengan baik.

Kaedah mudah untuk di ingati :-

Membeli
----------
1. Entry di atas Pivot
2. Stoploss di bawah support pertama
3. Profit di resistence pertama atau kedua


Menjual
----------
1. Entry di bawah Pivot
2. Stoploss di atas resistence pertama
3. Profit di support pertama atau kedua


Jika anda mematuhi garisan panduan di atas anda sebenarnye sedang mengambil risk and reward yang bagus iaitu 1:1 ( jika anda berhenti di resistence pertama atau di support pertama) dan 1:2 ( jika anda berhenti di resistence kedua atau di support kedua)

Semoga kita semua faham dengan betul apa yang kita rancangkan. Salam hormat.

Contoh trading - GBP/USD 21-02-2008


Step1


Step2


Step3

Gambarajah di atas untuk trading setup bilamana kedudukan pivot dan open price berada dalam fibor retracement. Satu lagi bukti keberkesanan teknik ini.

Wednesday, February 20, 2008

Contoh Trading - GBP/USD 20-02-2008

step1

step 2


step 3


step 4

Contoh-contoh di atas adalah untuk setup hari ini Rabu 20-02-2008. Ianya boleh dijadikan panduan untuk trading yang akan datang.

Sunday, February 17, 2008

Pengenalan - Melihat Hasil 3 syarat utama


1. Results untuk syarat pertama [ Pivot di atas Fibo retracment]


2. Result untuk syarat kedua [ Pivot di bawah Fibo Retracment]


3. Result syarat ketiga [ Pivot di tengah Fibo retracement]


Di atas adalah contoh-contoh result yang boleh anda perolehi jika menggunakan kaedah 3 syarat utama dalam menilai market.

Dengan 3 syarat utama tersebut juga anda dapat menjana pendapatan yang berterusan dalam dunia trading forex ini... dan yang paling penting sekali... anda akan yakin dengan tindakan anda untuk memasuki market dan anda akan faham dengan tabiat market setiap hari.

Inginkah anda mengubah nasib anda mulai hari ini?

Pengenalan - Melihat 3 syarat utama


1. Syarat Pertama <> Open Price diatas Pivot, Line Pivot diatas Fibo retracement
Petunjuk : Market akan menuju ke atas


2. Syarat kedua <> Open Price dibawah Pivot, Line Pivot dibawah Fibo retracement
Petunjuk: Market menuju ke bawah

3. Syarat ketiga <> Pivot berada di dalam Fibo retracement level
Petunjuk : Market MUNGKIN akan mengubah trend



Di atas adalah 3 syarat utama yang perlu anda perhatikan sebelum bersedia untuk memilih tindakan membeli atau menjual market.

3 Syarat tersebut adalah muktamad. Setiap hari market akan memberitahu anda apakah tindakan yang perlu anda lakukan bilamana kedudukan pivotnya adalah seperti di dalam gambarajah di atas.

Anda hanya perlu menunggu di kawasan yang telah dibulatkan untuk mengambil posisi.



Pengenalan - Mengabungkan Indicator sebagai Template


1. Dinapoli Template (Asal)


2. Kombinasi penuh 3 indicator, Bollinger Bands, MACD, Stochastic

Bahagian kedua ini kita akan mengambil Dinapoli Template sebagai asas charting template kita tetapi kita akan membuang semua Exponantial Moving Average dan menggantikannya dengan Bollinger Bands (Period 51).

Berikut cara-cara mengubah Dinapoli Template :-

1. Buka Dinapoli Template --> Charts\Template\Dinapoli

2. Delete semua Exponantial Moving Average --> Charts\ Indicators List --> Delete Moving Average

3. Menambah Bollinger Bands ---> Insert\Indicators\Trends\Bollinger Bands

4. Edit Bollinger Bands tersebut --> Charts\Indicators List\Bollinger Bands (klik sekali) .. kemudian choose Edit ... Choose Parameters windows... ruang yang perlu di edit ialah
*Period : 51,
*Shift : 0,
*Deviations : 2,
*Apply to: Close,
*Style : [pilihan anda sendiri]... kemudian klik OK ... Klik Close

5. Insert kan indicator Pivot

6. Insert kan indicator Fibo-intraday

Dan anda akan mendapat gambarajah kombinasi penuh untuk chart anda.

Sila savekan setting ini sebagai "Intraday"... caranya pergi ke Chart\Template\Save Template

Anda akan menggunakan template ini sebagai view anda untuk trading secara Intraday pada setiap hari dengan kaedah-kaedah yang akan diterangkan kemudian.


# Anda boleh dapatkan semua indicator dan template tersebut di SINI (sila klik)


Pengenalan - 3 indicator


1. Prev day High n Low Level dan Today Open Price


2. Fibonacci Retracement dan Target Level


3. History and Current daily Pivot, Support and Resistence


Di atas adalah senarai dan gambarajah 3 indicator utama yang akan kita gunakan untuk melihat potensi trading setiap hari iaitu :-

1. Previous day Highest and Lowest Price Level serta Open Price pada hari ini.

2. Fibonancci Retracement Level and Target Level untuk hari ini (berdasarkan highest price dan lowest price semalam)

3. History dan Current daily Pivot, Support, Resistence.


Sila klik setiap gambarajah di atas untuk melihat dengan lebih jelas.





FX Intraday - Prakata

Salam hormat,

Blog dibina untuk cuba membantu para beginners yang sedang tercari-cari teknik apakah yang sesuai mereka gunakan untuk trading setup kaedah intraday.

Apakah itu Intraday
--------------------
Intraday secara ringkasnya adalah "trading yang tidak memegang position lebih dari satu hari".


Apakah kebaikannya
---------------------
Ia dapat mengawal tahap kerugian pada kadar yang minima dan memberikan keuntungan yang maksima bagi para beginners dalam trading sehari-hari.


Apakah jaminannya
--------------------
Tiada sebarang jaminan dapat di berikan.


Jika tiada jaminan, mengapa di wujudkan blog ini?
--------------------------------------------------
Ianya di wujudkan untuk membantu para beginners memahami tabiat sesuatu market dan membantu mereka melihat potensi untuk mengambil advantage ke atas tabiat-tabiat yang akan diberitahu kelak.


Adakah setup itu menggunakan kaedah automatik trading?
------------------------------------------------------------
Tidak! Setup ini akan membantu para beginners untuk menilai sesuatu strategi, ianya menggunakan pertimbangan akal fikiran dan hasil fikiran yang tajam dapat menghasilkan keuntungan yang lumayan ataupun kerugian yang boleh dikawal.


Apakah indicators yang akan diguna-pakai?
--------------------------------------------
1- Pivot, Support and Resistence [harian]
2- Fibonacci retracement [harian]
3- Bollinger Bands
4- MACD
5- Stochactic


Adakah setup ini akan dikenakan bayaran
-------------------------------------------
Tidak! Semua nota dan indicator yang akan diberikan adalah percuma.


Sekian, wassalam.